Monday, January 25, 2010

Selasa 26 Jan 10.20AM

Doa' yang Rasulullah SAW berikan kepada pasangan yang terasa jauh hati terhadap suami atau isteri, yang bermaksud,
"Ya Allah, Tuhan yang menemani setiap yang berseorangan, yang menemani setiap yang kesepian, Yang Maha hampir tidak jauh, yang Berkuasa tidak mampu diatasi.
Wahai Yang Maha Hidup,
Wahai Yang Maha Berdiri Sendiri,
Wahai Yang Memilik Keagungan dan Kemuliaan."
(Hadith Riwayat Al-Dailami daripada Anas bin Malik r.a.)

Selasa 26 Jan 09 8.51AM

Apa ada pada ketokohan dan kehebatan...

Ketokohan dan kehebatan seseorang itu tidak terletak pada
...suara yang terlantang dalam berbicara,
...kuasa yang berada di genggamannya,
...akal yang bisa mempengaruhi dunia,
...tangan yang kuat memukul sesiapa,
...harta yang boleh memberi apa dan sesiapa,
...keturunan yang pernah memerintah dunia

Ketokohan dan kehebatan seseorang itu terletak pada sejauh mana ianya
...menyanjungi ibu yang melahirkannya,
...menghormati ayah kerana itulah ayahnya,
...mentaati Allah yang telah menjadikannya,
...mencontohi Rasul yang telah menyuluh jalannya,

Ketokohan dan kehebatan seseorang itu tidak bererti langsung apabila ia
...beranggapan yang ia lebih mengetahui dari ibu yang telah mendidiknya,
...bersangka buruk kepada ibu yang telah bertarung nyawa melahirkannya,
...menanam dendam dan bersakit hati kepada ibu yang telah tidak tidur menyusukannya,
...meninggikan suara kepada ibunya,

Ketokohan dan kehebatan seseorang itu hanya setakat topengan sahaja apabila ia
...memperkecilkan jasa ayah yang telah membesarkannya,
...memperbodoh-bodohkan ayah yang telah menyekolahkannya sehingga pandai belaka,
...memperlekehkan ayah yang telah sanggup berlapar dahaga demi anak tercinta,
...mengenepikan ayah yang selama ini bangga dengan kehadirannya

Ketokohan dan kehebatan seseorang itu terletak pada sejauh manakah ia berupaya...
...merendah diri terhadap diri sendiri
...mengawal marah daripada nafsu membara
...menahan ego daripada bertelor
...melawan lidah daripada bertikam padah

Sesungguhnya, seseorang tokoh yang hebat...
...tidak membayangkan kepada orang lain yang dirinya seorang tokoh mahupun orang yang hebat
...tidak merasakan dirinya seorang tokoh mahupun seorang yang hebat
...tidak berniat untuk menjadi seorang tokoh mahupun orang yang hebat
...tidak mahupun dirinya dianggap dan disanjung sebagai seorang tokoh mahupun orang yang hebat

Sesungguhnya, seseorang tokoh itu adalah hebat apabila ianya meninggalkan dunia ini dengan segunung jasa, selautan ilmu dengan tanpa sebarang hiasan di pusara,
... dan yang didambakannya hanyalah Redha dari Khaliqnya

Wednesday, January 20, 2010

Khamis 21 Jan 2010 8.31 AM


Hari ini hari pertama Luqman ke tadika teruja betul dia....ngan beg sekolah dia ( tp dalamnya ade pampers n botol susu ). Pagi-pagi dah bangun nak ke tadika. Dia cakap pe tau....umi, ari ni abang nak g sekolah ngan maklang.

Wednesday, December 9, 2009

Khamis 10 Dec 09 9.49AM

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... ..
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .....

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .....
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ...

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ...... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2

Monday, December 7, 2009

Selasa 08 Dec 2009 9.02am

Hari ini aku melihat anak2ku semakin membesar. Aku dapat melihat anak2ku membesar di depan mataku sendiri. Dua2nye bijak2 belaka. Si Luqman semakin petah berkata2, kadang2 geli hati aku melihat telatahnye. Si Arisya pula sudah mula ingin bercakap. Dia sudah pandai memanggil aku mak ( sepatutnya umie ). Duhai anak2 kesayangan umie, umie doakan kalian bahagia dunia dan akhirat. Jadilah anak2 yang soleh dan solehah. Semoga hidupmu sentiasa dilindungi dari fitnah dunia dan akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin

Wednesday, November 25, 2009

Khamis 26 Nov 09 10.45AM

Mencintai tidak bererti memiliki..

Janganlah kau angkuh melaungkan...
Si dia kepunyaan mu ...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya...
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan...
Mencintai tidak semestinya memiliki?...
Manusia pandai berpura ...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...
Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan...
Ungkapan cinta pada mu ...
Tetapi hati dan perasaannya...
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung...
Di sebalik sejuta alasan...
Dan kau...
Begitu jujur dan setia mencintainya..
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Mencintai tidak bermakna memiliki..
Sesungguhnya...
"Aku tidak pernah memiliki diri mu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diri ku."
Mengertilah...
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hamba-Nya...
Dia memiliki hamba-Nya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali......

Monday, November 23, 2009

Isnin 23 Nov 09 4.59PM

Erti sebuah persahabatan

MALAM TADI KAMU DAN KAWAN BAIKMU BERTENGKAR.
KAMU MEMBUAT KEPUTUSAN TAK MAHU BERCAKAP DGNNYA KEESOKAN HARINYA.
DIA SENYUM KEPADAMU.SEBALIKNYA KAMU MENGETAP GIGIMU KPDNYA.
DIA MENCERITAKAN PERKARA YG BAIK TENTANG KAMU KPD KWAN2NYA YG LAIN.
KAMU PULA MENYEBARKAN KHABAR ANGIN MENGENAINYA.

DIA CUBA MENDEKATIMU DAN MENEGURMU.
TAPI KAMU TOLAKNYA KE TEPI.
BAGINYA KAMU SEORG KAWAN YG TERBAIK.
KAMU PULA RASA DIA SEORG KAWAN YG PALING TERUK PERNAH KAMU JUMPA.
DIA PUN MENULIS NOTA KPDMU DAN MENCERITAKAN SEMULA KENANGAN MANIS YG
PERNAH KAMU DAN DIA KONGSI BERSAMA.

KAMU PULA MENULIS SEMUA SAAT BURUK YG KAMU INGAT SEPANJANG BERSAMANYA.
JAUH DI SUDUT HATIMU KAMU MENGASIHANINYA. TAPI DI HATIMU SUDAH PENUH
DGNKEBENCIAN.
KEESOKAN HARINYA KAMU JUMPA SATU NOTA DRPDNYA:

DEAR_________,
SAYA CUBA MEMBERITAHU KAMU SEMLM TAPI KAMU TAK BERI PELUANG UTK SAYA
BERCAKAP. SAYA CUBA BERITAHU KAMU BERITA GEMBIRA TAPI KAMU TAKUT UTK
MENDENGARNYA.SAYA CUBA UTK SENYUM KPDMU TAPI KAMU SAMBUT SENYUMAN SAYA
DGN KEBENCIAN. SKRG NI KEADAAN SAYA SGT TERUK DAN MAKIN TERUK.

SAYA MINTA MAAF SBB HARI NI SAYA TAK DPT BERJUMPA DGN KAMU.
SAYA TULIS SURAT SEMASA SAYA DI HOSPITAL.SAYA SUDAH KESUNTUKAN MASA.
SAYA MINTA MAAF SBB TERPAKSA BERITAHU KAMU SKRG.
SAYA MINTA MAAF ATAS PERGADUHAN KITA,KAMU MMG SEORG KAWAN YG HEBAT.
SAYA JANJI SAYA AKAN SENTIASA MEMERHATIKAN KAMU.

SALAM KASIH SAYANG,

________________

KAMU PUN BERLARI KE HOSPITAL UTK MEMINTA MAAF PDNYA.
TAPI HANYA IBUNYA SAJE YG ADA DI SITU.
IBUNYA MENEKAP MUKANYA DGN KEDUA BELAH TGNNYA.
DAN DIA PUN MENANGIS.DIA MELUTUT DAN BERDOA SUPAYA TUHAN KEMBALIKAN
ANAKNYA.
KAMU SUDAH TERLAMBAT.KAMU BERHARAP DPT BERITAHU KAWANMU YG KAMU MINTA MAAF DAN UCAPKAN SELAMAT TINGGAL.

PENGAJARANNYA:

SEMUA KAWAN ADA MASA NAIK DAN TURUN.DAN KADANGKALA KAMU PERLU MEMINTA
MAAF.JGN TUNGGU ORG LAIN MELAKUKANNYA DULU.SBB KAMU TAKKAN TAHU APE
AKANTERJADI ESOK HARI.

KALAU KAMU BENAR2 SYGKAN KAWANMU DAN SANGGUP BERKAWAN HINGGA NAFAS
TERAKHIR,TOLONG FORWARDKAN EMAIL INI DAN TUNJUKKAN PDNYA YG KAMU
BENAR2 MEMPUNYAI HATI DAN PERASAAN.

KAMU MASIH BERHATI PERUT JIKA KAMU FWRDKAN EMAIL INI PD SEORG SHJ. TAPI
JIKA KAMU TIDAK BUAT BEGITU, BOLEH KATAKAN YG BILA KAMU PERLUKAN
PERTOLONGAN, TIADA SIAPA YG AKAN MEMBANTU KERANA KAMU TIDAK MENGINGATI
SURAT INI.