Monday, January 25, 2010

Selasa 26 Jan 09 8.51AM

Apa ada pada ketokohan dan kehebatan...

Ketokohan dan kehebatan seseorang itu tidak terletak pada
...suara yang terlantang dalam berbicara,
...kuasa yang berada di genggamannya,
...akal yang bisa mempengaruhi dunia,
...tangan yang kuat memukul sesiapa,
...harta yang boleh memberi apa dan sesiapa,
...keturunan yang pernah memerintah dunia

Ketokohan dan kehebatan seseorang itu terletak pada sejauh mana ianya
...menyanjungi ibu yang melahirkannya,
...menghormati ayah kerana itulah ayahnya,
...mentaati Allah yang telah menjadikannya,
...mencontohi Rasul yang telah menyuluh jalannya,

Ketokohan dan kehebatan seseorang itu tidak bererti langsung apabila ia
...beranggapan yang ia lebih mengetahui dari ibu yang telah mendidiknya,
...bersangka buruk kepada ibu yang telah bertarung nyawa melahirkannya,
...menanam dendam dan bersakit hati kepada ibu yang telah tidak tidur menyusukannya,
...meninggikan suara kepada ibunya,

Ketokohan dan kehebatan seseorang itu hanya setakat topengan sahaja apabila ia
...memperkecilkan jasa ayah yang telah membesarkannya,
...memperbodoh-bodohkan ayah yang telah menyekolahkannya sehingga pandai belaka,
...memperlekehkan ayah yang telah sanggup berlapar dahaga demi anak tercinta,
...mengenepikan ayah yang selama ini bangga dengan kehadirannya

Ketokohan dan kehebatan seseorang itu terletak pada sejauh manakah ia berupaya...
...merendah diri terhadap diri sendiri
...mengawal marah daripada nafsu membara
...menahan ego daripada bertelor
...melawan lidah daripada bertikam padah

Sesungguhnya, seseorang tokoh yang hebat...
...tidak membayangkan kepada orang lain yang dirinya seorang tokoh mahupun orang yang hebat
...tidak merasakan dirinya seorang tokoh mahupun seorang yang hebat
...tidak berniat untuk menjadi seorang tokoh mahupun orang yang hebat
...tidak mahupun dirinya dianggap dan disanjung sebagai seorang tokoh mahupun orang yang hebat

Sesungguhnya, seseorang tokoh itu adalah hebat apabila ianya meninggalkan dunia ini dengan segunung jasa, selautan ilmu dengan tanpa sebarang hiasan di pusara,
... dan yang didambakannya hanyalah Redha dari Khaliqnya

No comments:

Post a Comment