Friday, March 19, 2010

Sabtu 20 Mac 2010 10.43am

1. Dari A'isyah r.a. bahwa Rasulullah saw bersabda dengan maksud,
"Wahai A`isyah, bertaqwalah kamu kepada Allah Azza wa Jalla dan bersikaplah lemah-lembut. Sesungguhnya, kelembutan adalah merupakan perhiasan dan jangan sehingga dilepaskan sedikitpun, kerana jika kamu lepaskan, hanya memburukkan dirimu."
(HR Ahmad)

2. Dari Tsauban r.a. dari Nabi s.a.w. yang bersabda dengan maksud,
"Wanita mana pun yang meminta cerai kepada suaminya tanpa alasan yang kuat, maka haram baginya bau syurga."
(HR Abu Daud, Tirmidzi, Ibnu Majah & Ibnu Hibban dalam kitab sahihnya)

3. Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. yang bersabda dengan maksud,
"Bukanlah termasuk golongan kami orang yang merosakkan hubungan seorang wanita terhadap suaminya."
(HR Abu Daud, An-Nasai' & Ibnu Hibban)

4. Cinta yang tidak berpasak di atas cinta kepada ALlah dan RasulNya adalah cinta yang didasari nafsu semata.
Cinta yang tidak berkiblatkan Allah dan RasulNya, maka cinta itu akan diterajui oleh mush utama manusia.
Cinta yang tidak dipagari adab adalah cinta yang biadab.
Cinta kerana cinta semata-mata adalah cinta yang alpa.
Cinta yang mengatasi segalanya adalah cinta yang dusta.
Cinta tidak ada batas pasti terbabas.
Cinta suci adalah cinta kerana Ilahi
Cinta sejati tidak semestinya memiliki
Cinta abadi sanggup berkorban untuk diRedhai

5. Dari Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,
"Sesiapa yang berjumpa dengan saudara Muslim dengan membawa apa yang dapat membuatkannya bahagia, maka ALlah akan membahagiakannya di hari akhirat."
(HR At-Thabrani & Abu Syeikh)

6. Aisyah r.a. pernah ditanya tentang wanita yang paling utama. Ia mengatakan, "Wanita yang paling utama adalah yang tidak suka mencari-cari kekurangan atau cela saat berbicara, tidak pernah berfikir untuk menipu suami, hatinya tidak pernah terisi kecuali untuk bersolek di hadapan suami dan sentiasa melindungi keluarganya."

7. Daripada al-Nu'man bin Basyir r.a., Rasululllah saw pernah bersabda yang bermaksud,
"Bercakap mengenai nikmat ALlah bererti syukur, dan sesiapa yang meninggalkan bererti kufur, dan sesiapa yang tidak bersyukur sedikit nescaya dia tidak bersyukur banyak, dan siapa yang tidak bersyukur kepada manusia dia tidak bersyukur kepada Allah."
(Hadith hasan ini diriwayatkan Imam Ahmad dan al-Baihaqi)

8. Rasulullah saw bersabda di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh A'isyah r.a. yang bermaksud,
"Sesungguhnya perkahwinan yang paling besar keberkatannya ialah yang paling mudah urusan maharnya."
(HR Ahmad)